Friday, September 28, 2018

Dia

"Abang janji jangan cerita kat orang tau!". 

Beria saya pastikan yang rahsia kami tersimpan kemas. Saya tau dia manusia yang pegang pada janji. Tapi nak bagitau betapa malunya saya pada dia. Sungguh. Sehingga sekarang, kalau diingat-ingat akan peristiwa tu, saya rasa teramat malu. Malu nak berdepan dengan dia. Malu dengan anak-anak yang masih kecil. Malu dengan semua benda yang jadi saksi kisah malam tu.

Tapi dia, sabar sungguh melayan karenah saya. Saya tau, sejak saya jadi ibu... beranak dua ni. Hati saya dah tak tough macam waktu bujang dulu. Hati ibu ni mudah fragile. Terlalu vulnerable (hmm, tak jumpa perkataan tepat in malay..err). 

Jadi memang dia lah yang banyak support. Bukan banyak soal. Bukan duk judge. Bukan bandingkan dengan orang lain. Tapi dia sabar sungguh dengan saya. Tak pernah sekali pun tangan kasar dia singgah mengasari tubuh badan saya, walau bermacam duga dari saya yang datang menjentik, menggoncang, merobek hati dia, tak pernah naik tangan dia ke pipi gebu saya. Tak pernah.

Malam tu, dengan belum makannya, dengan baru sampai ke tempat kerjanya, terpaksa patah balik sebab saya. Dalam tak keruan menghadap 'sedih' yang entah apa-apa, saya duk ingat lepas ni memang teruk saya kena. Paling kurang kena tampar. Saya redha kalau itu balasannya, sebab memang tak patut saya berkelakuan macam tu. Macam budak kecil. Merengek. Terlebih rengek!

Sangkaan saya meleset. Waktu dia sampai, dia tengok saya duk menangis lagi entah ingat Tuhan ke tak, mulut dia dia tak lekang duk suruh ingat Tuhan. Suruh istighfar. Dia angkat Ukasyah yang duk sama menangis melihat ibu yang tiada rupa ibu. Dia bawa Ufairah, duduk berhampiran Ukasyah, sambil duk bagitau..

"Ibu tak sihat ni, jap abi nak angkat ibu masuk bilik naa"

...dan dia papah saya, yang masih tersedu sedan... masuk bilik. Suruh berehat. Suruh bertenang. Sementara dia jagakan anak-anak.

Allah......
Masa tu saya duk fikir, kalau takdir bukan dia yang jadi teman hidup saya, atau saya ditakdirkan dapat suami yang kurang sabar sikit. Harus saya dilempang malam tu.

Tapi dia....





Mungkin bab lain, ada hat dia kurang. Tapi bab ni, dia memang lebih!

Allah.... terima kasih sebab pinjamkan dia kat saya.

Friday, September 21, 2018

Ulangtahun

Petang semalam, Makcik Esah, jiran depan rumah kami datang melawat. Bawa butir cempedak rebus. Sedap juga aku rasa. Mungkin sebab dah lama tak makan.
Kadang seminggu sekali bertandang. Kalau kami tak ke rumah dia, dia datang rumah kami. Kalau tak, kami saling telefon ja bertanya khabar. Macam tu la. Makcik Esah tu usianya lebih setahun ja dari nenek. Ufairah pun panggil dia nenek.Kira pangkat mak la pada aku.

Waktu Makcik Esah datang, kebetulan waktu suami aku pulang dari kerja. Aku macam biasa la, tanya suami nak minum air ke tidak? dan nak minum air apa?

Makcik Esah pantas menegur aku, "Orang tak tanya dah, buat je". Aku sengih-sengih macam kerang busuk, tapi masih lagi nak dapatkan kepastian dari suami aku, nak minum air apa... eheh!

15 September, genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Tapi aku, masih belum boleh meneka air apa suami aku akan minta kalau balik kerja petang-petang. Air teh susu ka, atau air koko kurma, atau tak nak minum langsung.

Usia perkahwinan 4 tahun ni, aku boleh ibaratkan macam Ahmad Ukasyah baru cuba-cuba nak belajar merangkak la kot. Masih baru lagi. Masih banyak benda nak kena belajar. Masih banyak benda nak kene improve, nak kena betulkan.

Ujian dan dugaan pun tak kurang banyaknya juga sepanjang 4 tahun ni... dan semestinya di depan hari nanti pun, pasti ujian dan dugaan tu akan datang menyapa lagi. Dah nama pun manusia kan, pasti akan diuji. Hidup seorang ke.. hidup berumahtangga ke. Pasti!

Cuma, kalau ada sapa sapa minta nasihat dari aku hat serba serbi kurang ni, terutamanya teman-teman aku hat baru nak masuk alam rumah tangga, minta tips tuk jadi isteri merangkap ibu, aku akan bagitau tips dia.. sabar. Then sabar. Lepas tu sabar lagi.. dan lagi.. dan lagi. Lepas tu barulah datang yang lain-lain tu. Eh serius tau! Tapi ada waktu, aku pun tak praktiknya juga. err..

By the way, abang... terima kasih sebab mengajar serba serbi dalam empat tahun ni. Mengajar erti surprise, mengajar maksud rindu. Mengajar rasa amarah dan cemburu. Tak lupa ajar masak ikan singgang letak budu. Eh!

Terima kasih naa!


Wednesday, September 12, 2018

Pemberani

Alahai, aku tak cerita pun kan macam mana aku berjumpa jodoh dengan suami aku? Tetiba ni aku decide nak cerita kisah anak sulung aku. Nur Ufairah. Mentang-mentang last post aku ter-pre cerita kisah aku berhenti kerja sebab dia sakit, hmm..

Tapi ni bukan nak cerita kisah dia sakit pun. Ni nak cerita macam mana aku terdetik nak kasi nama dia Nur Ufairah. Cahaya Pemberani. (Tapi dia ada sifat penakut juga sikit-sikit..hee...)

Masa mula-mula dapat tahu aku mengandung, sudah tentulah ibu abi dia paling gembira kan. Tapi sebagai seorang isteri, aku tahu..suami aku mahukan anak sulungnya seorang lelaki. Tapi dia selalu cakap, dia tak kisah, perempuan ke, lelaki ke...asalkan semuanya sihat, selamat.

Ketika usia kandungan mencecah 6 bulan. Aku pi scan, waktu tu memang kena scan pun nak tengok keadaan baby macam mana, dan waktu tu juga boleh tahu la jantina bayi, boy ke.. girl ke. Alkisah, selepas beberapa kali scan pun doktor tak berani nak cakap hat dalam perut aku ni baby boy ke..baby girl. 

Jadi bila orang duk tanya-tanya, baby boy ke..baby girl. Kami jawab Allahualam. Tapi kalau ada sapa-sapa duk teka berdasarkan bentuk perut aku... "Haaa ni baby girl kalau perut lagu ni". Terdengar suami cepat-cepat menyampuk. "Baby boy ni!"

Dari situ aku macam dapat meneka, kalau diizinkan, suami nak anak sulungnya seorang lelaki. Sebab dia selalu cakap kat aku, nanti dah ada anak (lelaki), boleh teman dan jaga aku waktu dia takdak. Aku? Well, aku kan jenis tak kisah. Baby boy ke..baby girl ke. Allah kasi rezeki dapat mengandung, dapat beranak ni pun dah syukur dah. 

Waktu tu, suami agak rapat dengan Ustaz Dusuki Abdul Rani, jadi dia bertanya kalau-kalau ustaz ada cadangan tuk kasi nama anak. Jadi ustaz bagi nama Ukasyah, jikalau lelaki... dan Masyitah, jikalau perempuan.

Nama Ukasyah tu, aku dah berkenan tu. Tapi nama Masyitah..... aku sedikit... "ala masyitah ke.." hehehe.

Ditakdirkan, aku melahirkan Ufairah di Hospital Besar Kuala Terengganu waktu tu. Aku keseorangan di labor room sebab suami baru je tiba di Kuala Lumpur selepas pulang dari melawat aku di Terengganu. Sebenarnya, mak aku nak je temankan aku di labor room. Tapi aku tak kasi. Kononnya lagi sedih kalau mak aku tengok aku tengah sakit..huhu.. Takpa la aku sorang sorang. Sorang-sorang ni, jadi tough sikit. eh!

But end up, di Operation Room juga. Emergency Caeser sebab baby dah nak lemas. Jalan keluar takdak. huh!...

So, disebabkan aku melalui saat saat melahirkan seorang diri...jadi suami bagi aku privilege untuk namakan anak sulung kami. Perempuan. Alhamdulillah. Kalau tak, nama anak sulung kami Masyitah..hehe.

Ukasyah, memang aku sangat berkenan dah nama Ukasyah. Untuk anak lelaki. Tapi untuk anak perempuan, aku buntu. Aku tak prepare untuk nama anak perempuan, sebab kononya yakin dengan suami aku, anak lelaki yang bakal keluar. Seminggu juga duk fikir, hehe. Disebabkan dah berkenan dengan huruf U kat depan, maka aku pilih Ufairah. Nak kasi nama Umairah, macam dah biasa sangat. Kan?

Kenalkan anak sulungku, Nur Ufairah.  Cahaya Pemberani maksudnya. Baru berusia 3 tahun 3 bulan. Kuat cakap dan bebel. Manja dan eaty picker juga!

Lambat

Aku bernikah agak lambat. Walaupun aku anak sulung dalam keluarga, tapi adik ketiga, kedua dan keempat aku menikah dahulu dari aku. Sebenarnya aku tak kisah sangat pun. Hatta waktu aku hampir bertemu jodoh dengan suamiku, aku sudah pasrah sekiranya Allah memang takdirkan aku hidup seorang diri sehingga akhirnya. (Mungkin aku sudah penat mencari, berusaha, menunggu... mungkin juga malas dah nak fikir soal jodoh. Ada alhamdulillah, takde pun alhamdulillah. Haa, macam tu)

Namun, aku merancang.. Allah jua merancang, dan sudah pastinya perancangan Allah itu lagi baik. Alhamdulillah, aku menamatkan zaman bujang pada usia 32 tahun. Iye, kalau ikutkan perkiraan pertubuhan makcik-makcik bawang antarabangsa,usia 32 tahun memang dikira sangat lambat untuk mengakhiri zaman bujang. Again, aku jenis tidak kisah. 

Sebab apa, sebab aku tahu.. apa yang Allah dah takdirkan untuk kita, untuk aku. Itulah yang terbaik. Alhamdullillah.... alhamdulillah.... for eveything.

Sebelum bernikah pun orang duk perli kenapa tak kahwin lagi, jual mahal la. Sibuk sangat kerja lah. Takdak orang nak la... hatta selepas nikah pun orang duk perli juga... "haaaa wati, lekas-lekas la cari pakwe kat uni tu, kan dah nak habis belajar. Nanti nikah lambat macam Kak Adif"

eh!

Aku selalu cakap kat diri aku, selalu berpesan kat hati aku. Selagi aku hidup. Selagi udara aku hirup. Abaikan cakap-cakap orang. Tolong lah hati, tolonglah diri, abaikan.. kalau nak hidup bahagia, nak hidup tenang. Mereka kadang tak lalui apa yang kita lalui. Mereka kadang tak rasa apa kita rasa. Bahkan mereka juga kadang-kadang tak punya ilmu. Forgive and forget. That's for the best.

Anyway, nama penaku Adif. Aku anak sulung dari 9 beradik. Lulusan Teknologi Maklumat dari University Islam Antarabangsa, Malaysia. Pernah bekerja sebagai kuli di beberapa buah syarikat multinasional dan tempatan di Cyberjaya selama 9 tahun. 

Decided untuk resign selepas makan gaji sebagai kuli selama 9 tahun.... sebab anak sulung aku. Sakit. 

Monday, September 10, 2018

Syukur

Assalamualaikum
Sebagai pembuka bicara dari aku. Seorang anak, seorang kakak, seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang ipar, biras, kawan, sahabat.... and the list goes on. You name it. 

Satu yang pasti. Aku suka menulis. Aku suka meluah apa yang aku rasa. Dulu sewaktu masih bujang, blog aku yang satu tu menjadi teman aku meluah segala rasa, segala bicara. Segala cerita. Lepas dah berkahwin dan punyai anak, segalanya sepi. Blog aktiviti terhenti macam tu. Aku seolah kelu tiada kata. Konon tiada masa. Alasan tipikal. Macam tu la. 

Sekarang, bila sudah memegang jawatan ibu beranak dua merangkap suri rumah sepenuh masa, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku berkongsi... cerita hati aku, eceh. Sungguh! aku perlu luah rasa hati aku. Aku perlu kongsi cerita hidup aku, hidup sebagai suri rumah yang tak seberapa ada namun banyak duganya. 

Ada orang kata, kadang kadang kita perlu berkongsi rasa, untuk mengelak hati tiada rasa. 

huh!

Hai, namaku Adif. Ada sesiapa sudi membaca cerita aku?