Wednesday, September 12, 2018

Lambat

Aku bernikah agak lambat. Walaupun aku anak sulung dalam keluarga, tapi adik ketiga, kedua dan keempat aku menikah dahulu dari aku. Sebenarnya aku tak kisah sangat pun. Hatta waktu aku hampir bertemu jodoh dengan suamiku, aku sudah pasrah sekiranya Allah memang takdirkan aku hidup seorang diri sehingga akhirnya. (Mungkin aku sudah penat mencari, berusaha, menunggu... mungkin juga malas dah nak fikir soal jodoh. Ada alhamdulillah, takde pun alhamdulillah. Haa, macam tu)

Namun, aku merancang.. Allah jua merancang, dan sudah pastinya perancangan Allah itu lagi baik. Alhamdulillah, aku menamatkan zaman bujang pada usia 32 tahun. Iye, kalau ikutkan perkiraan pertubuhan makcik-makcik bawang antarabangsa,usia 32 tahun memang dikira sangat lambat untuk mengakhiri zaman bujang. Again, aku jenis tidak kisah. 

Sebab apa, sebab aku tahu.. apa yang Allah dah takdirkan untuk kita, untuk aku. Itulah yang terbaik. Alhamdullillah.... alhamdulillah.... for eveything.

Sebelum bernikah pun orang duk perli kenapa tak kahwin lagi, jual mahal la. Sibuk sangat kerja lah. Takdak orang nak la... hatta selepas nikah pun orang duk perli juga... "haaaa wati, lekas-lekas la cari pakwe kat uni tu, kan dah nak habis belajar. Nanti nikah lambat macam Kak Adif"

eh!

Aku selalu cakap kat diri aku, selalu berpesan kat hati aku. Selagi aku hidup. Selagi udara aku hirup. Abaikan cakap-cakap orang. Tolong lah hati, tolonglah diri, abaikan.. kalau nak hidup bahagia, nak hidup tenang. Mereka kadang tak lalui apa yang kita lalui. Mereka kadang tak rasa apa kita rasa. Bahkan mereka juga kadang-kadang tak punya ilmu. Forgive and forget. That's for the best.

Anyway, nama penaku Adif. Aku anak sulung dari 9 beradik. Lulusan Teknologi Maklumat dari University Islam Antarabangsa, Malaysia. Pernah bekerja sebagai kuli di beberapa buah syarikat multinasional dan tempatan di Cyberjaya selama 9 tahun. 

Decided untuk resign selepas makan gaji sebagai kuli selama 9 tahun.... sebab anak sulung aku. Sakit. 

No comments:

Post a Comment