Wednesday, October 31, 2018

Rosak

Alhamdulillah...

Dah masuk bulan kedua, rumah kami tenang dan aman tanpa tv. Tv rumah kami rosak pada asalnya. Mungkin disebabkan skrin, saya pun tak pasti. Sebab tiba-tiba dia jadi gelap..tapi suaranya kedengaran pula.

Suami saya pula selalu sibuk pada cuti hujung minggu dengan kerja dan projek kecil-kecilan yang dia usahakan dengan Uncle Lan dan Uncle Mimie baru-baru ni, jadi memang dia tak berkesempatan untuk membaikinya lagi.

Saya pun tidak kisah sebenarnya kalau sampai bila-bila pun tiada tv. Sebab saya bukannya hantu tv pun.. haha.

Lagipun bila tiada tv ni, banyak je benda lain yang boleh dibuat. Ufairah pun jadi makin banyak benda duk fikir nak buat. Kadang menyelongkar situ...kadang duk menyelongkar sini. Buka buku tu.. buka buku ni. Cat itu dan ini.

Cuma sekali sekala terdengar juga Ufairah duk sebut...
"Lama kan kita tak tengok Umar hana"
"Lama kan kita tak tengok Cam n Leon"
"Lama kan kita tak tengok ketuk ketuk ramadhan!".. err

Tapi saya segera mengingatkan dia yang tv kami rosak, dan dia ok je sebenarnya. Takde bersungut merungut nak tv, macam ibu dia juga la, haha.

Mungkin sebab tu juga kot suami saya tak bersungguh nak baiki, sebab ahli ahli dalam rumah ni takde yang merungut nak tengok tv!

p/s: Payah juga kan bila otak dan jari tak sync. Nak cerita benda lain sebenarnya, boleh pula pi cerita pasal tv.

eh!


Tuesday, October 30, 2018

Tegur

"Ibu...orang dah azan. Pergi semayang!".

Ufairah tadi mengingatkan saya tatkala mendengar orang azan di surau taman, sedangkan saya masih lagi duduk sibuk makan makaroni goreng hat pagi tadi.. tak habis. 

"Iye, ibu tak leh sembahyang sayang. Nanti kalau dah boleh, ibu sembahyang na"...

Mungkin dah jadi tabiat saya selalu cakap kat Ufairah, suruh lekas-lekas makan. Nanti kalau orang azan ibu nak sembahyang. Itu yang saya selalu duk ulang ulang tiap kali suap dia makan tengah hari. Selalunya sebelum pukul 1, semua hal hal berkaitan dapur... makan minum anak-anak saya akan selesaikan. 

Jadi bila orang azan memang kami semua akan masuk bilik sementara saya suruh Ufairah tengokkan adik dia, sebab saya nak solat. Selalunya macam tu lah, yang saya buat moga-moga dapat istiqomah sampai bila-bila. 

...dan harini bilamana rutin tu lari sedikit dari kebiasaan, saya ditegur.... oleh anak sendiri. Nasib baik ada hari yang boleh diisytiharkan cuti, kalau tak... malu juga rasa hati bila anak sendiri menegur. 







Kejauhan


Jika dihitung-hitung, inilah tempoh masa paling lama saya tak pulang ke kampung jenguk mak ayah dan tok. Kali terakhir saya pulang adalah ketika cuti hari raya aidilfitri pertengahan tahun yang lalu. La ni dah nak menjengah ke akhir tahun. 

Allah je la yang tahu rimbunan rindu saya kat depa dah sampai tinggi mana. Sungguh! hanya doa kat depa buat pengubat rindu. Hanya video call yang sekali sekala buat melirik senyum rindu. 

Dah jadi hak orang macam ni la kan? Dulu, waktu belum jadi hak orang, nak balik tiap tiap minggu pun takdak hal. La ni, kena tengok projek suami, sibuk ke tak, campur tolak,  kena tengok keadaan Ufairah juga terutamanya sihat ke dak. 

Saya memang boleh terima keadaan. Saya redha jika ini ketentuan saya. Tapi sebagai manusia biasa yang ada masanya terlebih luar biasa... yang punya rasa rindu. Saya juga menitiskan air mata jika teringat kat mereka. 

Saya peluk diri saya kuat-kuat. Saya bisik kata semangat, takpe.... Allah tahu, rindu ini saya pendam, rindu ini saya genggam, sebab saya mengutamakan suami. Allah Tahu tu...Allah balas nanti. Takpe. Pujuk diri.

Harini entah macam mana, terhambur juga dekat suami, akan rindu itu. 

"Cuba tengok tiket flight tengah bulan 11 ni, nanti kalau ada...abang masuk duit"

Alhamdulillah... mungkin suami juga perasan, akan kerinduan nan satu tu. Allah bagi rasa rindu. Allah bagi rasa kasih sayang... Allah...

"Nikmat mana lagi yang mahu saya dustakan", Surah Ar Rahman: 13 mengetuk rasa.

Thank you Allah.

Monday, October 29, 2018

Biasa

Hujung minggu, entah apa yang merasuk jiwa, hari itu terasa sungguh.... 'down'. Tambah ramai kenalan di facebook yang 'update' mereka berjalan di sana sini sambil makan itu dan ini. Dalam hati saya sudah terasa sedikit cemburu. Suami saya? Macam biasa, kebiasaannya hari Sabtu adalah hari dia bekerja.

Sedangkan saya...hanya di rumah. Melayan anak-anak berdua..... kadang terkuat suara geram dengan Nur Ufairah yang tak dengar kata. Kadang membentak rasa dekat Ahmad Ukasyah yang tidur hanya seciput, selebihnya merengek minta didukung...

Allah.... Allah.... Allah...

Hati saya minta bertenang sebentar. Ini bukan saya. Sungguh ini bukan saya!

Sedangkan saya tahu, kebahagiaan saya, penderitaan saya, saya sendiri yang cipta. Kenapa harus pilih untuk cipta derita?

Saya mula menghitung segala bahagia, segala nikmat depan mata. Ufairah, Ukasyah, suami saya.....
Alhamdulillah.....
Alhamdulillah.....
Alhamdulillah.....

"Ibu minta maaf na Ufairah"
"Ibu minta maaf na Ukasyah"

Hati kembali tersenyum suka. Suami pulang disambut ceria.
Aduhaii.. ya hari itu memang penuh rasa.
Yang saya sendiri tak tahu nak ungkap macam mana.
Penangan hati yang terkadang cemburu...tak tentu hala.

alahai nak buat macam mana...saya cuma manusia biasa.

heh!~


Sunday, October 21, 2018

Weekend

Selalunya, kalau tiba hujung minggu, yang saya kadang-kadang duk teringat adalah 'brisk walking' kat taman saujana hijau, dan nasi lemak rm1.50 kat petronas precint 11. Nasi lemak tu, kalau pergi lepas pukul 7 pagi biasanya dah habis! Biasanya itulah aktiviti saya bila tibanya hujung minggu...waktu bujang dulu kala. 

Sekarang, sejak bergelar ibu sepenuh masa ni, hujung minggu adalah... sama seperti hari-hari biasa. Cuma yang beza, hujung minggu adalah hari kami mencari barang barang dapur, dan barang-barang basah. Kebiasaannya juga, hujung minggu adalah hari dapur kami tak berasap, hehe. Suami tak kasi saya buat breakfast sebab selalunya dia akan beli nasi berlauk (Makanan pagi popular orang Kelantan), atau nasi kerabu, atau laksam.... tapau dan makan di rumah. 

Saya bukan tak teringin nak ke taman, berpagi-pagian sambil buat 'brisk walking', atau dapat 'breakfast' dengan tenang, lepas 'brisk walking' sambil hirup kopi kampung panas. Teringin juga. Sekali sekala. 

Cuma... bila dah bergelar ibu sepenuh masa ni...saya rasa ada perkara yang menjadi kesukaan atau kegemaran, yang tidak sesuai untuk anak-anak participate, terpaksa diketepikan dahulu. Mungkin ini yang dikatakan secebis pengorbanan ibu untuk anak-anaknya.

Contoh lain bagi secebis pengorbanan ibu adalah... bilamana ibu hendak buang air, hahaha... selagi anak-anak belum nampak tenang, selagi tu ibu kena tahan! 

er..

Apa apa lah. 

p/s: Sebenarnya saya rindu kat nasi lemak petronas precint 11 tu!

Friday, October 19, 2018

Korban


Ahmad Ukasyah nampak keletihan yang amat. Tidur sampai terbuka mulut. Tak pernah lagi saya nampak dia begitu. Itu lah, pagi tadi cuma dapat tidur sekejap. Sibuk nak bangun. Sibuk nak main! Bila saya letak dalam buai, meraung dia nak keluar. Padahal dah menguap berkali-kali... akhirnya dengan 'jampi' yang saya tiup, tumbang juga dia. 

Nur Ufairah macam biasa, tidur dengan patung unta dia. Patung unta yang nenek dia kasi waktu nenek dia balik dari umrah suatu masa dulu. 

Waktu mereka tidur berjemaah petang-petang ni la, waktu yang saya ada untuk diri saya, orang la ni duk panggil 'Me-Time'. Jadi ibu sepenuh masa, macam ni la kan? Tambah ada anak-anak yang masih kecil dan masih menyusu.

Saya tak boleh nak berangan, nak ada me-time, keluar dating berdua dengan suami ataupun keluar sorang-sorang sementara tinggalkan anak-anak dengan abi dia.... oh, meraung sampai nak keluar anak tekak tak kasi ibu keluar! Waktu tu saya dapat 'green light' dari suami untuk pergi ke pasar je pun. 

"Ibu nak gi mana?"

"Ibu jangan pegi... ibu jangan pegi... ibuuuu!!"

Kereta dah start. Pintu pagar dah buka. Tunggu masa nak masuk kereta dan tekan pedal minyak je. Tapi hati saya ni 'fragile' sangat. Terlalu 'vulnerable'. Tak sampai hati tengok anak menangis meraung macam tu. 

Akhirnya saya matikan enjin kereta. Saya katup balik pintu pagar. Sebelum masuk rumah saya kesat air mata nan setitik, heh!

"Ibu tak gi mana lah. Ibu ada je ni".  Senyum paksa kepada si anak yang akhirnya bertukar jadi senyum rela. Kelakar bila teringat balik waktu tu.

Selepas kejadian tu, saya dah boleh reset balik hati dan perasaan saya. Takpe la takde 'me-time' yang tu, dapat 'me-time' yang ni pun dah syukur dah. Ditambah dengan 'me-time' yang suami topup ketika dia berada rumah, melayan anak-anak..... dan ketika hujung minggu. Alhamdulillah....

Nikmat mana lagi yang mahu saya dustakan

Lagipun bila difikir-fikir, time mereka kecil ni je yang susah sikit. Yang kena berjuang, yang kena berkorban segala. Ala sekejap je. Lagi pun sekali ni je mereka membesar depan mata. Lepas ni takde dah!

Saya percaya,  sikit masa lagi, saya pasti akan rindukan momen momen yang sekarang ni. Saat-saat mereka di depan mata, dengan pelbagai karenah dan mehnah.

heh~!

Wednesday, October 17, 2018

Palu

"Abang nak kena gi Palu ni"
Suatu hari, suami menuturkan sewaktu kami santai-santai duduk melayan karenah anak-anak sambil makan pagi. Saya diam seketika. Tak tahu ayat suami itu ayat tanya atau ayat penyata, tapi saya mengandaikan lebih kepada ayat penyata.

"Bila abang nak pergi? Ni yang Geng Surau Putrajaya minta derma untuk Palu tu ye?"

"Iye, tak confirm lagi. Tengah duk merancang, tapi plannya macam tu la, pergi hantar misi bantuan. Maybe pergi dalam 23hb malam dan balik 27hb"

Saya congak-congak dalam 4 hari 4 malam juga kami akan ditinggalkan. Saya tahu suami juga sudah berkira-kira mahu hantar kami ke kampung sewaktu ketiadaan dia, iye lah memandangkan kami juga sudah lama tidak balik, elok juga kami pulang. Tapi entah kenapa waktu tu hati saya agak tenang. Tidak terus 'excited' nak bagitau mak yang kami mungkin akan pulang.

Tunggu lah, lagipun belum 'confirm' dia jadi pergi ke tidak. Detik saya dalam hati.

"Entah-entah esok lusa, Allah ambil nyawa, kan dah tak jadi pergi!"

Saya cakap lagu tu kat dia, sungguh saya cakap lagu tu waktu dia nak pergi kerja. Dia mengiakan sambil senyum sengih tanda setuju. Setuju dengan sikap saya yang tidak kalut dan gopoh dengan perkara yang belum tentu jadi. Selalunya saya tak macam ni.

Saya tahu, suami bukan hak milik mutlak saya seorang. Lagipun berapa hari sangat dalam setahun dia pergi meninggalkan kami untuk misi dan kerja kerja macam ni.
Dan sekarang, ada sekelompok manusia di Palu yang perlukan bantuan dia. Saudara seislam. Saudara kita. Apa mungkin saya mahu mengikat suami di sini, merajuk menangis tidak izin dia pergi.

Syukur juga disebabkan waktu tu saya sedang menyelusuri "Henshin Hero" karya Bonda Nor, yang mengisahkan seorang isteri yang cekal ditinggalkan suami yang pergi berdakwah. Untuk ummah dan islam.

Teringatkan kisah itu, saya jadi sejuk hati nak melepaskan suami pergi. Saya jadi... tenang! Suami saya... bab lain mungkin ada yang dia kurang. Tapi alhamdulillah, dia dilebihkan dalam bab ni.

Hari Isnin dia ke Imigresen, membuat pasport baru! Teruja dia menunjukkan pasport pertamanya. Girang sekali gayanya. Dia kata saya tak heran dah dengan passport dia sebab saya dah ada banyak passport! aha tau pun! heh!

"Tapi tak confirm lagi ni jadi ke tak", ucap dia lagi.

Saya mengangguk je. Tanda faham.

Petang tadi, sewaktu pulang dari kerja, dia mengkhabarkan dia tak jadi pergi ke Palu untuk misi menghantar bantuan tu. Saya jadi kaku nak respon. Respon gembira atau sedih.

Alhamdulillah... untuk yang jadi dan tak jadi, untuk yang ada, dan yang tiada. Ada hikmahnya ni. Ada hikmah.

Al-Quran. Al Imran:54 memujuk hati.
"And they planned, and Allah also planned. And Allah is the best of planners"

Tanya

"Nape moon naik, sun turun?"

"Nape sun turun, moon naik?"

"Nape ada bayang-bayang?"

"Nape dia jalan slow?"

"Nape dia sorang sorang, ibu dia gi mana?"

"Kutu beras makan apa?"

"Pokok makan apa?"

"Awan makan apa?"

"Pokok semalu bersih?"

"Lalat? Lalat kotor. Kenapa dia kotor?"

......dan banyak lagi soalan yang kadang-kadang saya sendiri tak terfikir. Ibu dia ni rajin ja melayan jawab soalan-soalan dia. Kadang dia dah tahu, tapi saya rasa dia saja nak suruh kita participate dia bertanya.

Selalu.. rumah memang riuh la dengan soalan-soalan dia. Kadang tengah duk sibuk nak tidurkan adik yang sedang mengamuk tu la dia sibuk nak tanya.... alahai anak pertama saya ni, memang selalu begitu. Selalu nak uji sabar ibu dia.

"Ibu, pokok makan apa?"

Teringat bab pokok lepaskan gas oksigen dan ambil gas karbon dioksida. Ala dah lupa dipanggil proses apa.

Cepat je saya jawab.

"Pokok makan gas karbon dioksida!"

"Bukanlah ibu. Pokok tak makan. Pokok minum air!"

Ibu....was like. Ok betul juga tu.
kan?



P/S: Ufairah si potpet potpet. Tapi dengan orang dia tak biasa, automatik jadi ayu dan pendiam gitu. aha!

Monday, October 15, 2018

Teka Teki

Apakah dia, jawapan dulu.. soalan kemudian?

Soalannya akan ditanya bila kita mati. Malaikat akan tanya, Siapa Tuhanmu? Jawapannya bila? Jawapannya sedang berlaku dalam kehidupan kita sekarang. Soalan belum tanya, tapi kehidupan kita ini sedang menterjemahkan apa jawapan kita nak bagi dekat malaikat nanti.

Kalau dalam kehidupan ini, memang kita perakukan "Allah Tuhanku, aku tidak pernah mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun" Tak payah risau tuan puan, Maa Robbuka dalam alam barzakh nanti, kita akan jawab Tuhanku adalah Allah.

-Ustazah NorHafizah Musa, Tabir Hikmah2, IKIM-


Different

It's different.
Even if you say.
"I know how you feel"

Ok, bye.


Monday, October 8, 2018

Harijadi

"Abi...kenapa kek ibu ada hello kitty baca buku?"

"Sebab ibu suka baca buku!"

eh!



Thursday, October 4, 2018

Mok

Lepas solat subuh pagi tadi saya cepat-cepat whatsapp ke group family. 

'Jangan lupa telefon ke mok harini belake. Birthday mok arini tu'.

Biasalah kakak sulung memang macam tu. Saja memperingatkan in case ada adik-adik yang lupa. Malu lah kalau ada antara kami yang lupa tarikh hari lahir mok. Sedangkan mok boleh ingat setiap tarikh dia bawa kami semua, sembilan orang anak-anaknya, lahir ke dunia.

Dulu, kalau ada apa-apa yang saya tak berapa nak hadam, soal hati dan perasaan mok, kenapa mok kena susah-susah buat itu, atau buat ini untuk kami, anak-anak dia, mok selalu cakap kat saya.

"Nanti KakNor doh jadi mok, Kak Nor tau la".

....dan sekarang, bila Allah bagi saya rasa jadi seorang ibu. Baru saya tahu, yang ibu ni sanggup buat apa saja, untuk anak anak dia. Asal anak anak dia selamat, dunia akhirat. Setiap waktu tak putus doa. Setiap saat tak berhenti berharap.

Mok.... carilah kat dunia mana pun memang takdak ganti.

Petangnya, barulah saya berkesempatan telefon. Suara batuk campur serak-serak basah mok sambut panggilan saya. Batuk mok dah hampir seminggu masih belum hilang. Batuk takde kahak. Memang lama kata mok.

"Mok.. selamat ulang tahun hari lahir, moga dikurnia usia yang berkat!"

Dengar suara mok ada bunyi-bunyi tengah sengih. 

"Ingat jugok tu! Jazakallahu khoir...Tengah kilat ribut sini ni KakNor, esok-esok telefon pulok neh"

Alahai mok.


Mok, salt-of-the-earth kind of woman. 


Moga Allah balas syurga untuk mok. 
Mok saya, dan mok kita semua...


Wednesday, October 3, 2018

Naga

Ufairah.. apa apa barang hat dia tak pasti kepunyaan sapa, mesti duk sibuk tanya.
"Ni sapa punya?"
"Ni hat sapa?"

Siap lah kalau jawab tu Ufairah punya. Nanti mesti dia tak nak share dengan sapa sapa dah hatta dengan ibu abi dia. Dengan Ukasyah apatah lagi. 

Tapi kalau ibu jawab "Ukasyah punya tu".

Nanti Ufairah mesti berbaik-baik dengan Ukasyah. Duk rapat-rapat, gosok-gosok kepala adik dia yang dah tumbuh rambut sikit tu....and then 

"Kak Ufairah pinjam kejap naa.... kak ufairah pinjam kejap adik naa"




Saya..... senyum ja. 

Kadang, ragam anak-anak ni boleh jadi stress reliever. 
Kadang boleh buat saya jadi naga. 
Cuma nasib tak keluar api ikut mulut ja.

heh!

Monday, October 1, 2018

Tok

Satu petang, saya minta tolong adik saya Mekca yang berada di kampung untuk singgah ke rumah tok sebentar. Saya mahu buat video call. Saya mahu tengok wajah tok. Lama saya tak tengok tok. Rindu.

"Sampai rumah tok dah ni, telefon lah". Pendek mesej dari Mekca.

Tangan saya laju mencari nama Mekca di Whatsapp. Gambar icon video saya tekan. Menampakkan saya yang sedang memangku Ahmad Ukasyah di dalam skrin telefon. Ahmad Ukasyah pun macam dah tahu tahu muka dia tengah dirakam untuk video call. Ralik tengok wajah sendiri di telefon. Sempat dua kali deringan, Mekca mengangkat.

Terpampang wajah tok di telefon yang dikatakan pintar cap Asus yang dihadiahkan oleh suami hampir 4 tahun lalu.

"Tok nok cakap gane ni? Tok dop panda", kedengaran suara tok di belah sana. Tok selalu macam tu kalau disuakan telefon, sama ada suruh bercakap biasa, atau bervideo.

"Tok cakap je". Arah mekca.

"Horrr besor doh hok kecik tu" agaknya tok baru perasan yang Ahmad Ukasyah sedang bergerak-gerak di skrin telefon Mekca.

"Doh wak nappe belake tu?" Tok.

----------
Tok merupakan nenek saudara belah mak. Tok lah yang jaga mak, toklah juga yang jaga kami waktu kecil-kecil dulu. Nenek kami, belah mak sudah lama meninggal, waktu mak masih kecil lagi. Belah ayah, nenek meninggal waktu saya kecil. Cuma sedikit sangat memori yang saya ingat pasal nenek belah ayah yang saya panggil tok wan.

Tok...dulu waktu saya bujang ,selalu 'sibuk' bertanya bila saya nak menikah. Selalu tok buat drama. Kadang skrip hat entah dari drama mana tok tiru.

"Kalau boleh tok nok tengok kaknor nikoh dulu sebelum tok tutup mata", sambil disusuli drama air mata tok. Waktu tu hati saya agak tough. Jadi saya gelak gelak ja tengok tok buat drama.

Biasanya tok buat drama ni, tiap kali saya jumpa tok untuk salam peluk tiap kali tiba waktu saya pulang ke kota selepas bercuti di kampung. Biasanya waktu tu la.

Waktu lain, saya bagitau tok ada orang datang nak merisik adik perempuan saya, Nadiah. Laju keluar dari mulut tok.

"Doh Kak Nor?"

Alahai tok...
-----------
Alhamdulillah, mungkin berkat doa tok salah satunya yang nak tengok sangat saya menikah, saya berjumpa jodoh walaupun agak lambat, walaupun telah dilangkah bendul oleh adik kedua, ketiga dan keempat. Well, Allah knows best kan?

Sedar tak sedar, video call ended. Air mata saya mengalir. Rindu tubuh bongkok tu barangkali. Rindu tok.

P/s: Saya anak sulung.