Wednesday, October 17, 2018

Palu

"Abang nak kena gi Palu ni"
Suatu hari, suami menuturkan sewaktu kami santai-santai duduk melayan karenah anak-anak sambil makan pagi. Saya diam seketika. Tak tahu ayat suami itu ayat tanya atau ayat penyata, tapi saya mengandaikan lebih kepada ayat penyata.

"Bila abang nak pergi? Ni yang Geng Surau Putrajaya minta derma untuk Palu tu ye?"

"Iye, tak confirm lagi. Tengah duk merancang, tapi plannya macam tu la, pergi hantar misi bantuan. Maybe pergi dalam 23hb malam dan balik 27hb"

Saya congak-congak dalam 4 hari 4 malam juga kami akan ditinggalkan. Saya tahu suami juga sudah berkira-kira mahu hantar kami ke kampung sewaktu ketiadaan dia, iye lah memandangkan kami juga sudah lama tidak balik, elok juga kami pulang. Tapi entah kenapa waktu tu hati saya agak tenang. Tidak terus 'excited' nak bagitau mak yang kami mungkin akan pulang.

Tunggu lah, lagipun belum 'confirm' dia jadi pergi ke tidak. Detik saya dalam hati.

"Entah-entah esok lusa, Allah ambil nyawa, kan dah tak jadi pergi!"

Saya cakap lagu tu kat dia, sungguh saya cakap lagu tu waktu dia nak pergi kerja. Dia mengiakan sambil senyum sengih tanda setuju. Setuju dengan sikap saya yang tidak kalut dan gopoh dengan perkara yang belum tentu jadi. Selalunya saya tak macam ni.

Saya tahu, suami bukan hak milik mutlak saya seorang. Lagipun berapa hari sangat dalam setahun dia pergi meninggalkan kami untuk misi dan kerja kerja macam ni.
Dan sekarang, ada sekelompok manusia di Palu yang perlukan bantuan dia. Saudara seislam. Saudara kita. Apa mungkin saya mahu mengikat suami di sini, merajuk menangis tidak izin dia pergi.

Syukur juga disebabkan waktu tu saya sedang menyelusuri "Henshin Hero" karya Bonda Nor, yang mengisahkan seorang isteri yang cekal ditinggalkan suami yang pergi berdakwah. Untuk ummah dan islam.

Teringatkan kisah itu, saya jadi sejuk hati nak melepaskan suami pergi. Saya jadi... tenang! Suami saya... bab lain mungkin ada yang dia kurang. Tapi alhamdulillah, dia dilebihkan dalam bab ni.

Hari Isnin dia ke Imigresen, membuat pasport baru! Teruja dia menunjukkan pasport pertamanya. Girang sekali gayanya. Dia kata saya tak heran dah dengan passport dia sebab saya dah ada banyak passport! aha tau pun! heh!

"Tapi tak confirm lagi ni jadi ke tak", ucap dia lagi.

Saya mengangguk je. Tanda faham.

Petang tadi, sewaktu pulang dari kerja, dia mengkhabarkan dia tak jadi pergi ke Palu untuk misi menghantar bantuan tu. Saya jadi kaku nak respon. Respon gembira atau sedih.

Alhamdulillah... untuk yang jadi dan tak jadi, untuk yang ada, dan yang tiada. Ada hikmahnya ni. Ada hikmah.

Al-Quran. Al Imran:54 memujuk hati.
"And they planned, and Allah also planned. And Allah is the best of planners"

No comments:

Post a Comment