Ahmad Ukasyah nampak keletihan yang amat. Tidur sampai terbuka mulut. Tak pernah lagi saya nampak dia begitu. Itu lah, pagi tadi cuma dapat tidur sekejap. Sibuk nak bangun. Sibuk nak main! Bila saya letak dalam buai, meraung dia nak keluar. Padahal dah menguap berkali-kali... akhirnya dengan 'jampi' yang saya tiup, tumbang juga dia.
Nur Ufairah macam biasa, tidur dengan patung unta dia. Patung unta yang nenek dia kasi waktu nenek dia balik dari umrah suatu masa dulu.
Waktu mereka tidur berjemaah petang-petang ni la, waktu yang saya ada untuk diri saya, orang la ni duk panggil 'Me-Time'. Jadi ibu sepenuh masa, macam ni la kan? Tambah ada anak-anak yang masih kecil dan masih menyusu.
Saya tak boleh nak berangan, nak ada me-time, keluar dating berdua dengan suami ataupun keluar sorang-sorang sementara tinggalkan anak-anak dengan abi dia.... oh, meraung sampai nak keluar anak tekak tak kasi ibu keluar! Waktu tu saya dapat 'green light' dari suami untuk pergi ke pasar je pun.
"Ibu nak gi mana?"
"Ibu jangan pegi... ibu jangan pegi... ibuuuu!!"
Kereta dah start. Pintu pagar dah buka. Tunggu masa nak masuk kereta dan tekan pedal minyak je. Tapi hati saya ni 'fragile' sangat. Terlalu 'vulnerable'. Tak sampai hati tengok anak menangis meraung macam tu.
Akhirnya saya matikan enjin kereta. Saya katup balik pintu pagar. Sebelum masuk rumah saya kesat air mata nan setitik, heh!
"Ibu tak gi mana lah. Ibu ada je ni". Senyum paksa kepada si anak yang akhirnya bertukar jadi senyum rela. Kelakar bila teringat balik waktu tu.
Selepas kejadian tu, saya dah boleh reset balik hati dan perasaan saya. Takpe la takde 'me-time' yang tu, dapat 'me-time' yang ni pun dah syukur dah. Ditambah dengan 'me-time' yang suami topup ketika dia berada rumah, melayan anak-anak..... dan ketika hujung minggu. Alhamdulillah....
Nikmat mana lagi yang mahu saya dustakan
Lagipun bila difikir-fikir, time mereka kecil ni je yang susah sikit. Yang kena berjuang, yang kena berkorban segala. Ala sekejap je. Lagi pun sekali ni je mereka membesar depan mata. Lepas ni takde dah!
Nikmat mana lagi yang mahu saya dustakan
Lagipun bila difikir-fikir, time mereka kecil ni je yang susah sikit. Yang kena berjuang, yang kena berkorban segala. Ala sekejap je. Lagi pun sekali ni je mereka membesar depan mata. Lepas ni takde dah!
Saya percaya, sikit masa lagi, saya pasti akan rindukan momen momen yang sekarang ni. Saat-saat mereka di depan mata, dengan pelbagai karenah dan mehnah.
heh~!
No comments:
Post a Comment