Selalunya…
sebelum saya membuat apa apa pembelian secara online terutamanya
berkaitan pakaian saya, saya akan rujuk suami terlebih dahulu untuk
buat pilihan terutamanya dari segi warna.
Bab
warna, saya harus bagi kredit kepada suami saya kerana dia rupanya lebih
mengetahui warna sekian sekian itu sesuai atau tidak untuk saya; bini
dia yang lebih usia sikit dari dia.
Atau
lebih tepat lagi, membuatkan saya nampak lagi muda atau tua.
“Warna
orchid la...warna orang muda!”
“Jangan,
warna tu tak sesuai, nanti nampak tua”
Begitulah selalu dia, kalau bab pilih warna baju untuk saya.
Jadi
yang selalu lemparkan pujian bahawa saya nampak lagi muda dari usia
tu… ini lah rahsianya, jeng jeng jeng.
Eh
betul, bukan nak masuk bakul angkat sendiri...tapi ramai juga la kot
bagi depa yang tak kenal, atau jumpa saya buat pertama kali, bila
bagitau umur saya dah nak masuk 37, mesti depa kata..
“Larr...ingatkan
baru nak masuk 30!”
“Biar
betul! bukan baru habis belajar ke? !”
eceh,
koya!!
No comments:
Post a Comment